Tuesday 6 July 2010

SUSU UNTUK KEHIDUPAN

HiGOAT Susu Kambing
· Tidak menyebabkan alahan
· Menguatkan sistem imunisasi tubuh
· Bersifat alkali
· Meningkatkan daya kepekaan,tupuan & ingatan
· Melancarkan sistem penghadaman & usus
· Membantu mengubati Kanser,Demam Kuning,Gastrik,Ulser,Asma (Lelah),Penyakit Kulit,Sukar Tidur
· Membantu merawat Senggugut,Darah Tinggi,Lemah Jantung,Kencing Manis,Batuk Kering,Gout dll
· Mengimbangi gula dalam darah & kolestrol
· Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang,gigi,otot,sendi,kulit & tisu saraf)
· Tidak menyebabkan kahak
· Memulihkan tenaga batin
· Awet muda
Kopi SpyHRu
· Membantu membuang toksin dalam badan
· Mengurangkan risiko mendapat kanser
· Meningkatkan stamina dan sistem imunisasi badan terhadap penyakit
· Membantu pertumbuhan fizikal dan mental yang sempurna
· Bersifat antioksidan, awet muda
· Mengurangkan radang arthritis (sakit-sakit sendi)
· Merangsang kelenjar tiroid untuk kesihatan hati
· Membersihkan darah untuk perjalanan aliran darah dalam tubuh yang lebih sihat
· Sesuai untuk semua golongan umur,pesakit kencing manis dan wanita mengandung
· Membantu mencegah gastrik, ulser perut kanser, migrain. darah tinggi, osteoperosis
· Membantu pembentukan tulang, tisu badan dan gigi
· Penuh dengan protein, mineral dan enzim untuk tubuh yang sihat
· Sesuai untuk mereka yang alah susu lembu

RM20 UNTUK TATAPAN


FIKIR POSITIF UNTUK RAIH KEJAYAAN

KEJAYAAN berasal daripada perkataan jaya yang bermaksud dapatan, hasil, kebahagiaan, keberhasilan, keberuntungan dan kebesaran. Lawannya ialah kegagalan yang bererti kebuntuan, kekandasan, kekecewaan, ketewasan dan kunci mati.

Anda memerlukan pemikiran berjaya kalau mahukan kejayaan. Jika yang terpapar dalam pemikiran adalah kegagalan, maka kegagalanlah yang anda akan perolehi ...

Di antara kejayaan dan kegagalan, yang manakah menjadi pilihan anda? Berdasarkan definisi dan kedudukannya, tentu anda memilih kejayaan. Bukan anda saja. Semua orang mahukan kejayaan dalam hidup sama ada dari segi kedudukan mahupun kebendaan.

Memang pasti tiada siapa yang menyangkal kenyataan ini. Namun, apa yang melucukan ialah ramai orang begitu yakin bahawa diri mereka amat berharga dan layak memperoleh kejayaan. Lucu kerana pada hakikatnya mereka tidak sedemikian.

Mereka mahu mencapai kejayaan sedangkan keliru dan hampa bahawa kejayaan sebenar yang ingin dikecapi masih jauh serta berliku jalannya. Ramai yang sekadar bercita-cita mahu berjaya, sedangkan usaha kea rah itu tidak dilakukan.

Sudah menjadi lumrah bahawa ada proses yang bersesuaian dalam mencapai sesuatu matlamat. Begitu juga dengan mencapai kejayaan dalam apa bidang pun.

Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedarinya. Pada hakikatnya, usaha untuk menjadi doktor, jurutera atau peguam yang berjaya misalnya memerlukan proses pengajian dalam tempoh beberapa tahun dan juga ketekunan.

Dalam kehidupan ini, memang ada beberapa perbezaan untuk meraih kejayaan. Jika yang terpapar dalam pemikiran adalah ‘kegagalan’, maka kegagalan yang akan diperoleh. Andainya dalam pemikiran terpahat ‘kejayaan’, maka kejayaan yang akan diraih.

Tidak syak lagi jika selama ini pemikiran anda memegang ‘kegagalan’, maka segala usaha anda juga akan berakhir dengan kegagalan.Dengan demikian, anda memerlukan pemikiran ‘kejayaan’ jika mahu berjaya. Anda mesti berfikir secara juara jika ingin menjadi juara. Anda perlu mempunyai kepercayaan yang kuat untuk mencapaiimpian dunia.

Berfikir secara juara telah diamalkan dalam suatu tempoh yang lama oleh ramai orang yang berjaya. Namun, ia bukan suatu konsep baru dan tidak juga sudah lapuk. Sebaliknya, sesuai sepanjang masa.

Anda perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar daripada orang yang berjaya sebelum anda. Tidak cukup semata-mata anda belajar daripada kesilapan sendiri saja. Dengan cara ini, perkembangan anda akan lebih lancar dan mudah.

Sebenarnya, tiada kuasa ajaib untuk menjadi orang yang berjaya. Apa yang anda ‘lihat’ dalam minda adalah apa yang anda jangkakan. Apa yang anda jangkakan pula adalah apa yang bakal anda peroleh.

Inilah perbezaan di antara orang yang hanya meraih keputusan sederhana dalam hidup mereka dengan mereka yang mencapai keputusan luar biasa.

Alat utama untuk mencipta imej baru dan merealisasikannya ialah menerusi proses yang dikenali sebagai membentuk semula. Ia membabitkan perubahan cara anda yang selalunya lebih efektif untuk mempersembahkan pengalaman positif serta memenuhinya daripada pengalaman negatif dan kegagalan.

Cara ini boleh membawa anda maju dalam kehidupan dan melaksanakan banyak perkara yang mungkin tidak pernah anda lakukan. Sesungguhnya orang yang enggan mengubah minda adalah orang yang degil dan mati!

Pencipta terkenal dari Amerika Syarikat, Thomas Elva Edison (1847-1931) memberi nasihat, iaitu perkara pertama untuk mencari apa jua yang setiap orang sudah tahu dan kemudian memulakannya apabila mereka telah meninggalkannya.

Novelis dari Jerman yang pernah menerima Hadia Nobel dalam kesusasteraan pada 1929, Thomas Mann (1875-1955) pula berkata keteraturan dan pemudahan adalah langkah pertama ke arah penguasaan sesuatu subjek; musuh utama ialah sesuatu yang belum diketahui.

Perkara yang anda ingin kuasai ialah proses bagaimana dan mengapa anda berfikir cara anda. Apabila anda mengubah cara pemikiran, itu bererti anda mengubah kehidupan anda.

Ada orang yang lebih berjaya daripada orang lain. Namun, jangan bimbang. Anda juga boleh sedemikian kerana kunci kejayaan itu terletak pada cara pemikiran anda.

Apabila anda mengubah apa yang anda fikirkan mengenai diri, hubungan, matlamat dan dunia anda, maka hidup anda juga berubah. Jika anda mengubah kualiti pemikiran anda sewajarnya, itu bermakna anda mengubah kualiti hidup anda.

Menurut penyiar dan pendidik terkenal, Earl Nightngale, anda ialah apa yang anda fikirkan atau menjadi sebagaimana yang anda fikirkan. Kebolehan anda untuk menukar kehidupan anda bergantung pada cara anda berfikir dan berfikir secara berlainan jika anda memilih sedemikian.

Orang yang berjaya sering melakukan apa yang mereka fikirkan sama ada mereka sedari atau tidak. Mereka mempunyai matlamat hidup yang besar dan berusaha secara progresif untuk mencapainya lalu menikmati proses yang dinamik serta seimbang.

KOSMETIK BARU KELUARAN HR