Wednesday 30 June 2010

CERITA SEEKOR KUDA DAN SEMUT

CERITA SEEKOR KUDA DAN SEMUT

PADA suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan kuda itu.

Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.Ketika kuda itu sedang beristirehat tidak sengaja lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa makanannya juga.

Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Kuda itu itu terasa kehairanan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi.

Semut juga melihat kuda terduduk dalam keadaan kepenatan. Sebaik sahaja menghampiri kuda tersebut, pimpinan semut itu bertanya kepada kuda, “Hai kuda, apa yang sedang kau lakukan di sini.” “Saya sedang berehat wahai semut,” jawab kuda. “Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali,” tanya semut lagi.

“Itulah dia saya begitu penat sekali sebab membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku,” jawab kuda itu lagi.

Maka semut itu pun bertanya, “Kepunyaan siapakah beban yang kau bawa itu, wahai sang kuda?”

Maka kuda pun menjawab, “Kepunyaan bosku yang ada di sana yang sedang minum dan makan-makan di bawah pohon itu.”

“Oh begitulah ceritanya,” kata sang semut tersebut sambil tersenyum.. Sang kuda berkata, “Eh! Kamu semua kenapa begitu gembira?” kata sang kuda kepada sang semut tadi.

“Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali.”

“Kenapa boleh jadi begitu ya?” tanya sang kuda dengan rasa hairan. Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata:

“Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai kuda.” “Apa itu perbezaannya?” tanya kuda.

“Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, kepunyaan majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon sana sedangkan kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah kepunyaan kami sendiri, bukan kepunyaan bos kami,” demikian penjelasan semut itu.

Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor kuda.

Apa moral dari cerita ini, barangkali kita pernah mendengar: “Saya tidak pernah berhenti, saya tidak akan menyerah.” Mengapa orang-orang yang sudah ada penghasilan yang begitu besar tidak pernah penat, tidak pernah menyerah.

Jawapannya cuma satu kerana mereka membawa beban yang dimiliki oleh mereka sendiri, bukan milik orang lain. Ini juga adalah ciri yang paling jelas mengenai perbezaan antara orang yang menjadi usahawan dengan orang yang bekerja makan gaji.

Monday 28 June 2010

ANTARA HASIL PENGGUNAAN BAJA MIRACLE GROW





KHAIRAT KEMATIAN HR MARKETING

UNTUK MAKLUMAN SEMUA. HR MARKETING TELAH MEWUJUDKAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN BUAT AHLI-AHLINYA YANG AKTIF. FAEDAHNYA WARIS AKAN DAPAT WANG KHAIRAT BERJUMLAH RM........ TERMASUK RM3000 UTK KOS PENGKEBUMIAN. MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMANFAATKAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT INI.

DUIT RM50 BARU


SESIAPA YANG BERMINAT MENGUMPUL DUIT KERTAS DAN DUIT SYILING LAMA, SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA...

Saturday 26 June 2010

PREVIEW KHAS HR MARKETING

PREVIEW KHAS PELUANG HEBAT BERSAMA LEADER2 HR MARKETING

TEMPAT : HRC SERI ISKANDAR
ALAMAT : NO 10A, JLN PP3, BDR UNIVERSITI, SERI ISKANDAR
TARIKH : 26 JUN 2010 (SABTU)
MASA : 9.00 MALAM

DIJEMPUT SEMUA AHLI DAN BAKAL AHLI

INILAH PELUANG UNTUK MENAMBAHKAN PENDAPATAN MELALUI PERNIAGAAN SUSU KAMBING.

9/10 REZEKI DATANGNYA DARIPADA PERNIAGAAN.

Pembukaan Stokis Mobile di Seri Iskandar, Perak

Saya amat berbesar hati ingin mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada En. Mohd Yaki Bin Zawawi kerana telah UPGRADE dari seorang pengedar kepada “STOKIST MOBILE” bagi kawasan Seri Iskandar, Perak.
Hanya tidak sampai sebulan beliau menyertai HR Marketing sebagai seorang pengedar, di atas permintaan tinggi yang telah di terima oleh beliau untuk produk ”Susu Kambing HiGoat” dan produk-produk penjagaan diri membuatkan beliau berminat menyahut cabaran untuk menjadi Stokis Mobile di kawasan Seri Iskandar.
Bagi orang-orang di Daerah Perak Tengah seperti Seri Iskandar, Parit, Bota, Layang-layang, Tanjong Belanja dan kawasan berdekatan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan produk dan peluang perniagaan yang ditawarkan oleh HR Marketing Sdn Bhd bolehlah berhubung terus dengan En. Mohd Yaki di alamat atau No. tel. di bawah. Sekali lagi saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada beliau.
En. Mohd Yaki Bin Zawawi
(STOKIS Seri Iskandar, Perak)
Alamat Stokis:No.14, Jalan Bandar U26,
Taman Bandar Universiti,32610 Seri Iskandar, Perak
Tel: 013-2358090

Higoat di Harian Metro


KHASIAT susu kambing jarang dibicarakan apatah lagi pendedahan kebaikan susu lembu lebih meluas menyebabkan ramai tidak menyedari komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan bagi manusia dan kajian saintifik sudah membuktikannya.
Susu kambing lebih mudah hadam kerana ia mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus dan lembut berbanding susu lembu malah baik untuk diet bayi serta orang dewasa yang mengalami masalah penghadaman.
Lebih menakjubkan, susu kambing turut digunakan bagi rawatan ulser dan gastrik kerana zarahnya halus serta bersifat menyah asid.
Sifat susu kambing yang mudah hadam itu membolehkan laktosa melalui usus dengan lebih mudah. Terdapat tujuh peratus kandungan laktosa dalam susu kambing lebih rendah berbanding susu lembu menyebabkan ia sesuai bagi kanak-kanak yang mengalami cirit birit serta alahan kepada susu lembu serta susu tepung.
Sering kali individu mengalami sakit kepala, badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan tidak seimbang, keletihan serta tekanan darah tinggi disebabkan kandungan asid berlebihan dalam tubuh seseorang itu.
Susu kambing mempunyai kandungan pH beralkali dan ia tidak akan menjana penambahan asid dalam darah serta usus malah bertindak meneutralkan asid dalam badan.
Kandungan asid lemak yang sedia ada dalam susu kambing bertindak mencegah kesan jangkitan kulat, membantu sistem pertahanan badan sekali gus meningkatkan tenaga manusia.
Istimewanya susu kambing berbanding susu lembu, ia tidak membentuk lendir dan mengakibatkan alahan kepada manusia.
Sistem imunisasi semula jadi yang terdapat dalam kandungan susu kambing seperti mineral selenium bertindak sebagai bahan bagi membantu ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida malah melawan virus dan mencegahnya daripada terus membiak.
Bagi individu yang mengalami masalah sendi boleh mengamalkan pengambilan susu kambing HiGoat tinggi protein dan kalsium kerana mengandungi Bioorganic Sodium baik bagi rawatan mengurangkan inflamasi sendi dan sebagai elemen anti penuaan.
Secara semula jadi, susu kambing boleh mencegah pembiakan organisma berbahaya dalam badan manusia.
Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi serta kandungan sodium rendah dalam susu kambing sangat penting untuk membentuk tekanan darah yang normal serta mengawal fungsi hati dengan lebih baik.
Bahan riboflavin yang terkandung dalam susu kambing pula dapat memberi tenaga malah boleh merawat simptom penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning manakala kandungan silikon serta flourine yang tinggi dapat mencegah diebates malah turut mengandungi faktor antibarah.

GAMBAR SUSU KAMBING







KHASIAT SUSU KAMBING


Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” seperti:
· Penyakit deman kuning.
· Penyakit lemah jantung.
· Penyakit darah tinggi.
· Penyakit migrane / kerap merasa pening kepala.
· Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang.
· Penyakit batuk kering atau TB.
· Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis.
· Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut.
· Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
· Sesuai diminum diwaktu pagi(sebelum bersarapan) dan malam(sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja).

KELEBIHAN SUSU KAMBING

· Paling hampir dengan susu ibu(minuman terbaik di dunia selepas susu ibu).
· Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah).
· Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila…).
· Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu.
· Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat.
· Kambing betina beranak 2 kali setahun,1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor.
· Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari.
· Susu kambing lebih mudah dihadam. Hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam.

KHASIAT SUSU KAMBING

Susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu. Susu kambing bersifat alkali sangat sesuai bagi mengelak permasalahan “penyakit” di dalam sistem penghadaman/usus.Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia juga sering dijadikan bahan membuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri komestik juga mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun dan krim pencukur.

SELAMAT BERKURSUS LDP

ASSALAMUALAIKUM ...

SELAMAT BERKURSUS KEPADA GURU-GURU SKTB
TAJUK : KURSUS PEMBINAAN LAWAN WEB
TARIKH : 26.06.2010 (SABTU)
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER, SKTB